1. sila buang/delete nombor telefon bekas kekasih anda.
tak kisahlah telefon bimbit, telefon ofis, rumah, jiran sebelah rumah, atau rumah nenek bekas kekasih anda. ini penting ya. sebab kalau anda masih menyimpan nombor telefon dia, kemungkinan besar anda akan sentiasa menghantar mesej, membuat missed call, atau menelefon dia. maka, jika anda melakukan demikian, anda akan bersedih kalau-kalaulah bekas kekasih anda tidak melayan anda.
2. sila buang/delete gambar-gambar bekas kekasih anda.
mungkin ini agak susah untuk dilakukan. tapi anda perlu kuat. pergi tengok dalam galeri telefon bimbit anda, minta tolong kawan-kawan, atau sedara mara anda(ini kalau anda betul-betul tak sampai hati lah kan) untuk menekan butang delete ke atas gambar-gambar memori anda itu. kemudian, buka pula komputer/laptop anda, cari di dalam folder yang ada gambar bekas kekasih anda, dan tekan delete juga. tekan sahaja ctrl+a+delete. senang. tak perlu nak pilih mana gambar cantik ataupun tidak ya.
ouh. anda tidak boleh bermain tipu juga ya. seperti pergi mem'bluetooth' atau memindahkan kan dahulu gambar bekas kekasih anda ke telefon bimbit/komputer/laptop adik, ataupun kawan baik anda ya. semuanya harus dibuang!
3. sila buang/delete facebook, friendster, myspace, tagged etc. bekas kekasih anda.
tak payahlah anda nak sibuk stalk page bekas kekasih anda lagi. nanti kalau tiba-tiba anda nampak ada perempuan/lelaki lain yang pergi menggedik dengan dia, anda juga yang perit kan? jadi, henti-hentikanlah dengan perangai setiap 10 saat anda pergi menjenguk ke facebook, friendster, myspace. tagged etc. beliau.
4. hentikan bermesra dengan bekas kekasih anda.
kononlah kau orang ini satu pejabat, tak pun satu sekolah, satu kelas, satu course, atau apa- apa yang satulah kan. tolong jangan masih mahu menggedik pergi tersenyum, atau membuat muka memohon simpati terhadap bekas kekasih anda. jangan mahu buat-buat terjatuhlah, sakitlah, kerja tak siap lah atau apa sahaja yang boleh melibatkan anda menarik perhatian dia. kalau boleh, sila pergi melepak dengan rakan-rakan baik anda, ataupun cubalah untuk bermesra dengan lelaki/perempuan yang lebih kacak bergaya daripada bekas kekasih anda. barulah anda boleh membuka minda anda yang selama ini setiap-2 minit-mahu-menyebut-nama-si dia.
5. tukar imej baru.
ok. ini seronok. selepas anda sedih menonggeng, pergilah rajinkan diri ke salon. tukarlah stail rambut yang baru ya. potong rambut ke, rebond ke, perm kan ke. kalau anda macam ada duit banyak sikitlah kan, pergilah beli baju baru, kasut baru, semua barulah. dari kepala sampai ke kaki yang baru. biarkan terjojol biji mata bekas kekasih anda jika terserempak dengan anda kan. lagipun, kalau dah cantik-cantik handsome ni, mestilah ada orang yang cantik dan lagi handsome dari bekas kekasih anda tu cuba nak mendekati anda. :D
ok. nampaknya mata si joyah ni sudah mengantuk. tips yang lebih hebat akan diberikan dari semasa ke semasa ya. harapnya tips ini dapat membantu anda serba sedikit untuk melupakan bekas kekasih anda. ;)
bye! jumpa lagi!!
p/s: along. ini untuk kau.
tak bermakna kau takkan dapat gapai bahagia jika hari ini kau jatuh tersungkur.